Thursday, July 24, 2008

Bermulanya Kisah Satu Generasi.....

Pada 15-4-1889, Di suatu senja, Harapan sepasang suami isteri menjadi kenyataan apabila dilahirkan seorang putera bernama UNIAMMU BIN KUTTYAMMO di sebuah perkampungan kecil yang bernama Vazhempuram Kerala India.Beliau telah membesar diperkampungan itu bersama keluarganya Beliau mempunyai perwatakan yang sederhana tetapi tegas dalam pendiriannya!

Ketika kerajaan British di Tanah Melayu mengalakkan penghijrahan pekerja ke Tanah Melayu, Beliau telah mengambil peluang itu untuk mencari nafkahkeluarga dikampung.Beliau sampai ke Tanah Melayu pada tahun 1910 dengan menaiki kapal laut. Ketika sampai keTanah Melayu, Beliau telah pergi ke jelebu, Negeri Sembilan untuk bekerja. Ketika bekerja disitu Beliau di jodohkan dengan seorang wanita malbari jelita bernama Kaujoo. Mereka telah diijabkabulkan pada tahun 1912. mama kaujoo ketika itu telah pun mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan suami pertamanya. Nama itu ialah Fatima atau lebih mesra di panggil ITTACHU. maka bermulalah rangkaian generasi uniammu dan Kaujoo

Pada tahum 1913, Mama dan Papa telah berhijrah ke BATU CAVES atau dahulunya lebih dikenali dengan nama Chinglong Pasa. Disitulah mereka dikurniakan Putera pertama bernama Hussin pada tahun 1914. Kegembiraan mereka tidak berakhir disitu sahaja keranamereka telah dikurniakan dengan 2 putera dan 3 puteri lagi dalam jangka waktu 15 tahun.

Nama
HUSSIN 1914
KUTTY AMOO 1916
FATIMAH 1919
AHMAD KUTTY 1923
ESSAH VEE 1924
NABISAH 1930

Papa dan Mama sekeluarga hidup bahagia di Chinglong Pasa, dan mengawinkan anak anak mereka bermula dengan fatimah pada tahun 1933


NAMA

1. HUSSIN + AISHAH 1935
2. HUSSIN + KUNJOO FATIMAH 1944
3. KUTTY AMOO + KATIJAH 1935
4. FATIMAH + KOYA 1933
5. AHMAD KUTTY + BIBI 1944
6. ESSAH VEE + BERAN 1938
7. NABISAH + K.MOHAMMAD 1944


Pada tahun 1939 Papa telah membawa menantunya Aishah, isteri Hussin beserta dua orang cucunya iaitu Hamzah dah Katijah ke India untuk merawat penyakit menantunya.. Malangnya setelah sampai di India Perang Dunia Ke-2 telah meletus mengakibatkan hubungan diantara Tanah Melayu dan India telah terputus. Papa telah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi demi menjaga cucunya yang masih kecil dan tidak yakin akan dapat pulan ke Tanah Melayu dalam masa yang singkat. Pada tahun 1943 Mama di Tanah Melayu telah mendapat berita yang mendukacitakan apabila menantunya Aishah telah meninggal dunia menyebabkan anaknya Hussin berkahwin lagi pada tahun 1944.

Walaupun Perang Dunia ke-2 telah tamah pada tahun 1945, hubungan diantara mama di tanah melayu dan papa di india masih tidak dapat dijalinkan kerana alamat papa di india telah bertukar. Keputusan telah diambil oleh mama untuk mengesan Papa diIndia dengan bantuan kenLn di India.

Akhirnya papa telah ditemui dan telah kembali ke Tanah Melayu pada 21 julai 1955 ditemani oleh 2 orang cucunya setelah 16 tahun berpisah dengan mama. Kegembiraan jelas menyelubungi keluarga mereka setelah mereka kembali ke tanah melayu!

Papa telah kembali ke India pada 3 Disember 1960. Pemergian papa ke india menyebabkan mama berasa sedih dan pilu dan keadaan mama pula bertambah uzur...
mama meninggalkan kita dan kembali ke Rahmatullah pada suatu petang suram tahun 1969. sementara itu keadaan kesihatan papa pula semakin uzur dan tidak mengizinkan papa kembali ke Tanah melayu. Pada awal tahun 1973 anak beliau iaitu Ahmad Kutty telah pergi ke India untuk membawa papa pulang ke malaysia, malangnya hajat keluarga dimalaysia tidak tercapai. papa telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 april 1973 ketika berusia 84 tahun.

Papa dan mama telah meninggalkan satu generasi yang besar dan dikenali oleh kebanyakan masyarakat malbari di malaysia dan juga di india! Jumlah generasi uniammu sehingga kini menjangkau lebih 750 orang. kini generasi ke 5 sedang berkembang dan sedang menunggu kelahiran generasi ke 6!!



FIKIRKANLAH WAHAI GENERASI uNiLLy's....

HENDAK BERLAYAR KE TELUK BETUNG,
SAMPAI MENCUBA LABUHKAN PUKAT,
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG,
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT....